Rabu, 17 Julai 2013

Fahami Bacaan Dalam Solat

Mari kita cuba untuk memahami Bacaan Dalam Solat.



Mudah-mudahan selepas ini kita lebih khusyuk dalam mengerjakan Solat In Shaa Allah.

Sabtu, 14 April 2012

Ciri-Ciri Golongan Munafik

Munafik

Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk disebut dan didengar kita saban hari dan masa tetapi hakikat yang sebenar tentangnya kadang-kadang masih samar dalam pemikiran kita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kita samada dalam keadaan sedar atau pun tidak seperti suka menipu, melanggar janji dan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Dalam memastikan diri kita tidak terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kita renungi beberapa ciri-ciri golongan munafik sebagaimana diberitahu oleh Allah dalam al-Quran dan juga rasulNya ke arah menghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh membahayakan aqidah dan diri kita terutama pada hari akhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan beerti kita mahu menirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yang mungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : -

Sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan.

Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya dimana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman, memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat. Munafik terbahagi kepada 2 iaitu:-

Munafik iktiqad iaitu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.
Munafik amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.

Ciri-Ciri Golongan Munafik

1. Berpenyakit Hati

Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu, kepada mereka dan mereka akan mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap kebenaran. Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialah sebagaimana berikut :

Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlalu yakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dan disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allah mengetahui segala-galanya.

Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas dan bimbang kepada suasana sekitar yang mana tetap akan kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akan terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang agar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.

Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan menfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjual dan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orang ramai. Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah yang bermaksud :-
Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang (tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orang munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan apa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah dan keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok-olokkan?.."

Berperasaan syak terhadap agama. Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.

Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman, syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam dijalankan.

2. Melakukan kebinasaan di muka bumi. Firman ALLAH dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang membawa maksud :-

Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.

Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.

3. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol. Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud :-

Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.

Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran daripada ulama' akhirat.

4. Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa. Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang bermaksud :-

Dan diantara manusia itu, ada setengahnya yang menyebabkan engkau tertarik hati kepada percakapan mereka (yang lunak dan menarik) semasa hidup di dunia. Dan dia bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala yang dikatakan itu adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya terhadapmu. Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya) berusahalah dia di muka bumi Allah untuk melakukan kerosakan dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman dan ternakan dan Allah tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan apabila dikatakan kepadanya :-

" Bertaqwalah kepada Allah". Maka timbullah kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa. Maka cukuplah neraka jahannam sebagai balasannya dan demi sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat balasan.

Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang munafik dan petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang beriman tertarik dengan tutur katanya yang lembut, ucapan yang menarik dan penuh hujah aqli yang mengelirukan malah mereka sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun hati mereka sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta Islam dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan gerakan Islam dengan meng'gam' ulama', membuang imam yang tidak menyokong kezaliman dan kesesatan mereka, mengawal peranan masjid yang sebenar dan sebagainya.

Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Peranan kita ialah berusaha menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan masyarakat setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan yang sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian kalinya. Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

Rabu, 9 November 2011

Hiduplah Seperti Yang Diperintahkan Oleh ALLAH S.W.T

Hidup Kita Bukan Sia-Sia

Allah S.W.T berfirman : "Apakah kamu mengira bahawasanya kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maha Tinggi Allah Raja Yang Maha Benar. Tiada sesembahan-yang benar-kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia." (QS.al-Mu'Minun :115-116)

Allah S.W.T berfirman: “Tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya ini untuk kesia-siaan. Itu adalah persangkaan orang-orang kafir saja, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk ke dalam neraka.” (QS. Shaad: 27)

Untuk Apa Kita Hidup?

Allah S.W.T berfirman: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56).

Allah S.W.T berfirman: “Katakanlah; Sesungguhnya sholat dan sembelihanku, hidup dan matiku, adalah untuk Allah Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dengan itulah aku diperintahkan, dan aku termasuk orang yang pertama-tama pasrah.” (QS. al-An’am: 162-163).

Allah S.W.T berfirman: “Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya.” (QS. al-Mulk: 2).

Allah S.W.T berfirman: “Tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya, dalam keadaan mentauhidkan-Nya, agar mereka mendirikan sholat, menunaikan zakat, dan itulah agama yang lurus.” (QS. al-Bayyinah: 5)

Apa Balasan Untuk Mereka Yang Taat Kepada Allah?

Allah S.W.T berfirman: “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya sungguh dia akan meraih keberuntungan yang sangat besar.” (QS. al-Ahzab: 71).

Allah S.W.T berfirman: “Barangsiapa yang beramal salih dari kalangan lelaki ataupun perempuan sedangkan dia beriman, niscaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan akan Kami sempurnakan balasan untuk mereka dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan.” (QS. an-Nahl: 97).

Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan bagi mereka adalah syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Allah ridha kepada mereka, dan mereka pun ridha kepada-Nya. Itulah balasan bagi orang-orang yang takut kepada Rabbnya.” (QS. al-Bayyinah: 7-8)

Isnin, 7 November 2011

Apakah Hikmah Solat?

Antara hikmah yang diwajibkan solat, kata Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi dalam Minhajul Muslim, bahawa solat itu memberishkan jiwa, meletakkan seorang hamba untuk bermunajat kepada ALLAH S.W.T dan berada dekat dengan-NYA di dunia dan akhirat. Selain dari itu, solat juga melarang seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Allah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar"

Seorang Muslim yang sentiasa mengerjakan solat, hubunganya dengan Allah S.W.T juga akan semakin erat.

Solat dalam Al-Quran

  1. Allah S.W.T telah mewajibkan solat kepada umat-umat terdahulu. Istilah yang digunakan pun sama, iaitu solat.
  2. Allah S.W.T mewajibkan solat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana Dia telah mewajibkannya kepada Nabi-Nabi terdahulu.
  3. Kewajipan solat tidak gugur kerana meninggalkan atau berpindah ke suatu tempat. Selagi nyawa masih di kandung badan, maka kewajipan solat tidak akan terlepas daripada diri seorang Muslim.
  4. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. (surah Al-Ankabut). Dalam ayat tadi itu menjelaskan bahawa solat yang dilakukan dengan sempurna dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan. Misalnya, solat dengan menghadirkan kekhusyukan dan merenungi bacaan-bacaannya.
  5. Solat bertujuan mengingati Allah S.W.T
  6. Menjaga solat berakibat bahagia di dunia dan mati masuk syurga
  7. Solat dapat menjauhkan diri daripada sifat tercela
  8. Solat dapat meringankan musibah
  9. Solat hanyalah untuk Allah S.W.T
  10. Orang yang lalai dalam solat akan di seksa
  11. Orang yang mensia-siakan solat akan rugi di akhirat
  12. Solat merupakan wasiat yang paling penting ibu bapa kepada anak-anaknya
  13. Mendirikan solat adalah ciri orang yang bertaqwa
  14. Malas mengerjakan solat adalah ciri-ciri orang yang munafik
  15. Orang yang meninggalkan solat tempatnya di neraka

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bangsa Yahudi

Apakah yang di maksudkan dengan bangsa Yahudi ini? Menurut kajian-kajian sejarah berdasarkan penglaian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, permulaan Yahudi mempunyai hudungan rapat dengan sejarah kisah Nabi Ibrahim A.S yang telah berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Dalam Tafsir Al-Qur'an telah menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim A.S tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth A.S (QS, 21:69-71).

Anak Nabi Ibrahim A.S adalah Nabi Ismail A.S dan Nabi Ishak A.S kemudian anak Nabi Ishak adalah Nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak Nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 Suku Israel.

Anak bongsu Nabi Yaakub A.S adalah Nabi Yusuf A.S, yang terkenal dalam sejarah setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara Negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, Nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut Nabi Yusuf A.S ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudak-budakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenali dengan Bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tidak terkira itu terhadap Bani Israel, Allah S.W.T teleh mengirim Nabi Musa A.S pada masa itu, dan telah memerintahkannya untuk membawa Bani Israel keluar dari Mesir.

Nabi Musa A.S dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat dari Allah S.W.T, sekitar tahun 1250 SM.

Mereka telah tinggal di Semenanjung Sinai dan Timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, Nabi Musa A.S memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an 5:21).

Setelah Nabi Musa A.S wafat, Bangsa Israel tetap tinggak di Kanaan. Menurut ahli sejarah, Nabi Daud A.S menjadi Raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga ke sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa yang gemilang bagi Kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), Nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya Nabi Sulaiman, Allah S.W.T mengutus ramai lagi Nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal Bani Israel tidak mendengar perintah para Nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah S.W.T

Setelah kewafatan Nabi Sulaiman, Kerajaan Bani Israel (Yahudi) berpecah, di Utara Israel dengan ibukota Samarria dan di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku Yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.

Ketika Raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah bermulanya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerrusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal Terbentuknya Israel

Setelah itu orang-orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman Khalifah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dan membayar payak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.

Akhir abad ke-19, di tunjangu oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertaniah, untuk kembali ke Palestine bermula pada tahun 1881.

Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut :

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest mengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl terkenal juga dengan pendirian Zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang-orang Yahudi itu sendiri.

1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan Khalifah Othmaniyah dalam perang dunia Pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionst ada di sisi para penjajah dan cara Zionist ada di sini British dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangai Deklarasi Balfour untuk membangun negara Yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920 Gabungan Negara-Negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75,000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-Negara Arab tidak menyetujui didirikannya Negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjorrdania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80,000 orang Yahudi tinggal di Palestine.

1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi di bantu oleh tentera British.

(Gambar dekat atas sebelah kanan - Peta Palestine pada tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba).

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang berlaku oleh organisasi di bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.

1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine.

1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi dan Palestine.

1947 UNO mengajurkaan pemisahan Palestine dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggeris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehinggan kemudian menyebabkan perang hari pertama timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu (PBB) meng akui Israel sebagai sebuah negara.


Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa.

Ahad, 23 Oktober 2011

Manusia Akhir Zaman

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu”.

“Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid”ah dan bid”ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid”ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid”ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih”.

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, “Tidak”

Para sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” Nabi menjawab, “Tidak” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?” Jawab Nabi, “Seperti ulat dalam cuka”.

Para sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar”.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cara Berjimak Menurut Islam



Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.