Isnin, 7 November 2011

Apakah Hikmah Solat?

Antara hikmah yang diwajibkan solat, kata Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi dalam Minhajul Muslim, bahawa solat itu memberishkan jiwa, meletakkan seorang hamba untuk bermunajat kepada ALLAH S.W.T dan berada dekat dengan-NYA di dunia dan akhirat. Selain dari itu, solat juga melarang seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Allah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar"

Seorang Muslim yang sentiasa mengerjakan solat, hubunganya dengan Allah S.W.T juga akan semakin erat.

Solat dalam Al-Quran

  1. Allah S.W.T telah mewajibkan solat kepada umat-umat terdahulu. Istilah yang digunakan pun sama, iaitu solat.
  2. Allah S.W.T mewajibkan solat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana Dia telah mewajibkannya kepada Nabi-Nabi terdahulu.
  3. Kewajipan solat tidak gugur kerana meninggalkan atau berpindah ke suatu tempat. Selagi nyawa masih di kandung badan, maka kewajipan solat tidak akan terlepas daripada diri seorang Muslim.
  4. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. (surah Al-Ankabut). Dalam ayat tadi itu menjelaskan bahawa solat yang dilakukan dengan sempurna dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan. Misalnya, solat dengan menghadirkan kekhusyukan dan merenungi bacaan-bacaannya.
  5. Solat bertujuan mengingati Allah S.W.T
  6. Menjaga solat berakibat bahagia di dunia dan mati masuk syurga
  7. Solat dapat menjauhkan diri daripada sifat tercela
  8. Solat dapat meringankan musibah
  9. Solat hanyalah untuk Allah S.W.T
  10. Orang yang lalai dalam solat akan di seksa
  11. Orang yang mensia-siakan solat akan rugi di akhirat
  12. Solat merupakan wasiat yang paling penting ibu bapa kepada anak-anaknya
  13. Mendirikan solat adalah ciri orang yang bertaqwa
  14. Malas mengerjakan solat adalah ciri-ciri orang yang munafik
  15. Orang yang meninggalkan solat tempatnya di neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan