- Jika salah satu syarat rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
- Berlaku hadas kecil atau besar
- Terkena najis secara langsung tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.
- Berkata-kata dengan perkataan yang bukan lafaz dalam solat, dengan dua perkataan yang boleh di fahami.
- Terbuka aurat dengan sengaja sehingga kelihatan 1/4 daripada anggota wuduknya. Walaupun bagaimanapun, sekiranya dengan pantas ia menutup kembali, maka tidak membatalkan solat menurut al-Syafi'i.
- Makan atau minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Syafi'i dan Hanbali.
- Mengubah niat ketika sedang bersolat, misalnya berniat memutuskan solat.
- Bergerak besar mana-mana anggota berturut-turut sebanyak tiga kali, seperti melangkah atau berjalan. Demikian menurut mazhab al-Syafi'i. Maksud "berturut-turut" ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun, pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat berdalilkan kepada tindakan Rasulullah s.a.w yang pernah membuka pintu untuk Aisyah semasa baginda sedang solat. ( Rasulullah s.a.w juga pernah mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana semasa solat Baginda s.a.w meletakkan di tepi ketika sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Baginda s.a.w mendukungnya kembali. "Riwayat al-Bukhari dan Muslim")
- Beralih dada dari arah kiblat tanpa uzur yang kuat menurut Hanafi dan al-Syafi'i. Maliki mempunyai pandangan lain.
- Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti ruku; dan sujud.
- Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum tidak membatalkan solat.
- Mendahului imam.
- Murtad (terkeluar daripada agama Islam).
Sumber : Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman.
bersama-sama kita menjaga solat
BalasPadam