Khamis, 3 Februari 2011

Hadith 40 (Hadith 1)

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا لله
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ ت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ة
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin "Umar Ibn al-Khattab r.a berkata, Beliau mendegar Rasulullah S.A.W bersabda :

Bahawasabya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul=NYA. Dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perakra yang ditujuinya itu.

Perbincangan utama hadith ini :
1. Kisah hijrahnya Ummu Qais
2. Niat itu penting kerana untuk membezakan ibadat dengan budaya / untuk tentukan qasad amal - adakah ianya untuk ALLAH atau lainnya.
3. Hukum melafazkan niat (jahr) - bid'ah mungkarah : haram sekiranya dengan jahr niat boleh menggangu orang lain.
4. Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan ALLAH)
5. Beberapa langkah perkara harus bertukar menjadi Qurbah : Tidak boleh menjadikan gambaran luaran perkara harus sebagai Qurbah.
Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
Megambil ia sebagai tasyri'Illahi - yakin bahawa ianya harus
Menganggap ianya sebagai juz'ie - tidak boleh berpanjagan sehingga boleh membinasakan diri



1 ulasan:

  1. memang penting niat tu yalah macam kita bersedekah kalau nak dapat nama itulah yang kita dapat kan

    BalasPadam