Jumaat, 23 April 2010

Adab Muslim Bergaul

Adab erat kaitannya dengan perilaku. Biasanya adab berhubungan dengan latar budaya seseorang. Banyak kisah yang menceritakan bagaimana seseorang harus memperhatikan masalah adab mahupun mengetahui budaya yang ada di sekitarnya. Budaya yang berbeda dapat menyebabkan kesalahpahaman antara sesama manusia.

Dalam lembaran sejarah Islam, kita mengetahui bagaimana Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabatnya tentang tatakrama, mulai memberi salam, makan hingga berkunjung ke tempat orang lain. Rasulullah juga mempersiapkan salah seorang sahabatnya bila diutus menjadi duta ke suatu wilayah dengan menyuruhnya memperhatikan perilaku dan budaya yang berlaku disana. Oleh kerana itu kita mengenal duta Islam pertama iaitu Mus'ab Bin Umair. Beliau diutus untuk mempersiapkan hijrahnya Rasulullah SAW.

Keberhasilan Mus'ab ini dapat dilihat dari masuknya seluruh masyarakat Madinah menyambut seruan itu dan bahkan menanti-nanti kedatangan Rasulullah SAW untuk tinggal bersama mereka. Selanjutnya terbukti bahawa penduduk Madinah menjadi penyokong utama da'wah Rasulullah SAW dikemudian hari.

Sebagai seorang muslim, adab dan perilaku dapat menjadi alat untuk berda'wah. Oleh kerana itulah adab dan perilaku kita merujuk kepada Rasulullah SAW, kerana dialah yang menjadi ikutan umat Islam. Adab juga merupakan hasil dari pemahaman dan pengamalan kita terhadap nilai-nilai Islam yang kita ketahui. Dari lembar sejarah kita dapat mengetahui bahawa kemulian akhlak dan perilaku ini dapat melunakkan hati bahkan mengajak seseorang masuk ke dalam Islam dengan kesedarannya sendiri.

ADAB KETIKA AKAN BERTEMU DENGAN ORANG LAIN
1. Adab Penampilan
Rasulullah SAW memberikan nasehat bagaimana seorang muslim berpenampilam : "Sesungguhnya kamu akan mendatangai saudara-saudara kamu (sesama muslim), maka perbaikilah keadaan perjalanan kamu, perindahkanlah pakaian kamu sehingga keadaan kamu seakan-akan wangi dalam pandangan manusia kerana ALLAH SWT tidak menyukai kejorokan dan sikap jorok." (HR. Abu Daud).

2. Adab Menjaga Kebersihan Mulut

Masalah pakaian dan bau mulut ternyata perlu di ambil perhatian. Rasulullah bersabda, "Kalau sekiranya aku tidak khawatir memberatkan umatku, maka pastilah akan aku perintahkan kepada mereka bersiwak (menggosok gigi) setiap ali hendak mengambil wudhu."(HR. Muslim).

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang memakan bbawang merah, putih dan kurats (sejenis makanan yang meninggalkan bau yang menyengat), maka janganlah sesekali ia mendekati masjid. Malaikat merasa terganggu apa-apa yang menggangu anak Adam."(HR. Muslim).

3. Menjaga Kebersiahn Rambut dan Badan
Rasulullah SAW memerintahkan kepada kaum muslimin untuk menjaga rambut mereka. Sabdanya, "Siapa-siapa yang memiliki rambut maka hendaklah ia menghormatinya."(HR. Abu Daud). Maksud menghormati di sini ialah membersihkannya (mencuci rambut), menyisirnya, memakaikan wangian dan memperindahkan bentuk dan penampilannya.

Dalam hal membersihkan badan secara keseluruhan, Rasulullah SAW mengingatkan batas minimalnya. "Adalah merupakan hak atas seseorang muslim ketika mandi dalam seminggu, agar sehari daripadanya ia membasahi kepala (keramas) dan badannya."(mutafaqu'alaih

Hadiths diatas mengingatkan kita untuk membersihkan kepala kita dalam sepekan sehingga kepala dan kulit kepala kita bersih dan wangi sebagaimana tubuh kita.

ADAB PERGAULAN SEHARI-HARI
1. Adab Meminta Izin Untuk Masuk Ke Rumah Orang Lain.
Islam sangat menghargai privacy seseorang. Oleh kerana itu seorang muslim ketika akan berkunjung hendaklah memperhatikan masalah ini. Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu mendatangi rumah-rumah itu dari depan melainkan dari samping-sampingnya. Maka minta izinlah dan jika diizinkan bagi kalian maka masuklah, kalau tidak mendapat izin pulanglah." (HR. Thabbrani)

2. Mengucapkan Salam
"Apabila salah seorang daripada kamu sampai pada satu majlis maka hendaklah ia mengucapkan salam, sebab bukanlah yang pertama lebih berhak dari yang terakhir." (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi ia berkata Hasan).

3. Adab Dalam Majlis
Hendaklah salah seorang mereka dukuk di tempat yang mereka dapakan di majlis tanpa merasa kurang dihormati/diremehkan (HR. Abu Daud).


Di dalam Islam adab itu amat penting demi menjaga perilaku kita sebagai seorang muslim yang unggul.

sekian...

2 ulasan:

  1. pendek kata semuanya kena jaga kan

    BalasPadam
  2. yurp...

    sememangnya semua kita kene jaga...

    dari atas sampai ke bawah...

    dari luar sampai ke dalam...

    salam

    BalasPadam