Jumaat, 9 April 2010

Hakikat Sabar

Assalamualaikum w.b.t

Sabar adalah pilar kebahagian seorang hamba. Dengan kesabaran itulah seseorang hamba akan terjaga dari kemaksiatan, konsisten menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan dugaan.

~Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, "Kedudukan Sabar dalam Iman laksana Kepala bagi seluruh tubuh. Apabila Kepala sudah terpotong maka tiada lagi kehidupan di dalam tubuh."(Al-Fawa'id, hal.95)

Pengertian Sabar

Syeikh Muhammad Bin Shalih Al'Utsaimin rahimahullah berkata,"Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH S.W.T, menahanya dari perbuatan maksiat kepada ALLAH S.W.T, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir ALLAH..."(Syarh Tsalatsatutul Ushul, hal.24)

Macam-macam Sabar

Syeikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah berkata, "Sabar itu terdiri kepada 3 :

  1. Sabar dalam menjalankan ibadah kepada ALLAH S.W.T.
  2. Sabaru untuk tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan ALLAH S.W.T.
  3. Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir ALLAH S.W.T yang dialaminya, berupa berbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal.24)
Sama-sama kita cuba untuk bersabar dalam apa segala masalah yang datang.

Nantikan Post kedua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan